...GOD AT FIRST PLACE...
Arhgggghhhhhhhhhh................... Pagi ini bila time sa driving ke Office.. suasana dlm kereta bagaikan " sunyi sepi di betlehem".. Don baker Consultan dr US yg selalu ikut sa p office pun tidak banyak berkata2 mcm selalu... mungkin pagi Isnin ini menjadi permulaan segala stress...
tapi.. jauh dalam hati sa langsung memikirkan semua kejadian2 dalam hidup saya sepanjang hidup ini.....
beberapa bulan kebelakangan ini saya selalu bertanya kepada Tuhan.. mengapa Hal2 begini terjadi didalam jalan hidup saya... sa merasakan tahun ini tahun yang paling 'down' dalam sejarah hidup sa... bilamana 'hujan lebat' ditengah hari.. bilamana kesetiaan 'diperlekehkan'.. bilamana kejujuran "hilang"... saya betul2 diuji dan dibakar... hei.. saya masih manusia, sempat juga saya berteriak dan marah dgn Tuhan.. kalaulah time tu Tuhan berdiri ditengah2 saya, mungkin juga sejarah Yakub bergulat dgn Tuhan berulang kembali.....
syukur tidak jugalah...
namun.. pagi ini, saya benar mula mengerti jalan2 hidup ini.. hidup ini bukan sekadar bernafas di muka bumi ini... bukan sekadar merancang, melaksanakan dan berjaya dalam hidup.... hidup ini juga bukan sekadar menikmati anugerah2 Tuhan... dan saya mengerti hidup ini bukan sekadar untuk tertawa dan menangis... tetapi, sejauh mana kita dapat menyelesaikan tugas yang Tuhan telah percayakan kepada saya.... nanti bila kita kembali ke syurga
apa yang ku jawap pada bapa....
akhirnya.. sa mengerti, Tuhan menuntut tempatnya di dalam hati saya.. Yaa benar, Tuhan lah sepatutnya no satu di dalam hati saya.. dan dia lah terpenting diantar terpenting dalam diri ini... sa mula sedar, bila Tuhan mengigatkan saya waktu umur saya sekitar 9-12 tahun... oleh kerana jarak rumah saya dengan gereja adalah agak jauh... saya sanggup bangun jam 3 pagi untuk menumpang ke rumah anti saya yg dekat dgn gereja tersebut.... ini berlaku setiap minggu.. and God ask me again, "my Son, are you still looking for me?"
Tuhan..
siou a.. jika selama ini saya sedah berjalan jauh dari jalan yg Ko sudah sediakan untk sa..
sememangnya hidup ini tidak bermakna apa2 tanpa Ko.. ampuni sa kerana berkasar terhadap ko.. itu sebab kelemahan sa tu.. sa menyesal Tuhan.. Ko tau jg Tuhan bulan2 ini merupakan waktu perit dalam hidup sa.. tapi sa serahkan semuanya itu pd Ko... hati ini pula, pandai-pandailah Ko sembuhkan.. Ko kan Dr paling agung... masa depan sa, dalam tangan mu Tuhan.. cuma biarlah pd waktu saya merancang hidup ini semula.. ia berjalan seperti yang tertulis dalam diari Ko aa Tuhan....
God You're everything for me....
walter mark mukis
1 comment:
GOD loves u bro...
Post a Comment